Pada zaman dahulu, terdapat seorang pelayan raja bernama
Nasiruddin yang begitu gemar sekali berburu. Pada suatu hari ketika dia sedang
berburu, Nasiruddin ternampak seekor anak rusa yang cantik sekali.
“Anak rusa yang
cantik itu bolehlah aku berikan kepada anakku. Mereka tentu sayang kepada anak
rusa itu dan menjaganya dengan baik,” kata Nasiruddin dalam hati.
Nasiruddin
menangkap anak rusa itu dibawanya pulang meninggalkan hutan tempat ia berburu
itu. Apabila ibu rusa sedar bahawa anaknya telah ditangkap orang, dia merasa
amat terkejut sekali. Oleh kerana amat sedih kerana tidak dapat berbuat apa-apa
untuk mendapatkan anaknya kembali, ibu rusa itu mengekori Nasiruddin dari
belakang.
Sementara itu,
Nasiruddin yang asyik menunggang kudanya gembira memikirkan tentang anak yang
baru ditangkapnya itu.
“Aku telah
mendapat seekor anak rusa yang comel. Pasti anak-anakku sambut dengan gembira,”
katanya dalam hati.
Tiba-tiba
Nasiruddin sedar ada sesuatu yang mengekorinya, lalu dia menoleh ke belakang.
Ibu rusa itu seolah-olah kelihatan sedih sekali. Ia seolah-olah berkata
kepadanya, “Engkau telah menangkap anakku, hai pemburu. Hidup aku tidak ada
ertinya lagi kalau kau tangkap anakku itu dari tanganku. Aku rela mati daripada
hidup tanpa anak yang ku sayangi.”
Nasiruddin merasa
kasihan melihat ibu rusa itu lalu melepaskan anak rusa dari pegangannya. Ibu
rusa itu terus mendapatkan anaknya itu lalu menjilat-jilatnya, melompat-lompat
kegirangan lalu lari semula ke dalam hutan. Sebelum menghilang, ibu rusa itu
sempat menoleh ke belakang sebagai tanda mengucapkan terima kasih terhadap
Nasiruddin.
Pada malam itu,
Nasiruddin bermimpi bahawa Nabi Muhammad datang menemuinya.
“Hai Nasiruddin,” Nabi berkata. “Allah telah meletakkan namamu dalam senarai Raja dan engkau akan menjadi Raja,” Nabi memberitahunya.
“Hai Nasiruddin,” Nabi berkata. “Allah telah meletakkan namamu dalam senarai Raja dan engkau akan menjadi Raja,” Nabi memberitahunya.
“Jagalah
kerajaanmu itu. Kerajaan ini juga menjadi satu ujian kepada engkau. Sebagaimana
engkau memperlihatkan belas kasihanmu kepada ibu rusa maka engkau hendaklah juga
berlaku ihsan dan baik terhadap sekalian manusia yang menjadi rakyatmu itu.
Ingatlah Nasiruddin, jangan sekali engkau abaikan tanggungjawabmu terhadap
rakyatmu,” kata Nabi lagi.
Mimpi Nasiruddin
itu menjadi kenyataan. Dia akhirnya
menjadi Raja Ghazi, satu wilayah di Afghanistan sekarang.
No comments:
Post a Comment