Disediakan oleh : Cik Noor Hidayah Pegawai Eksekutif (UPU)
GALERI GAMBAR
Kursus Merekod Kewangan Perniagaan Kecil untuk sahabat AIM cawangan Temerloh telah diadakan pada 24 November 2011(Khamis). Tujuan kursus ini diadakan untuk mendedahkan sahabat mengenai pengetahuan dan kefahaman sahabat berkaitan asas simpan kira. Kursus ini telah berjaya mencapai matlamat yang telah ditetapkan.
GALERI GAMBAR
OBJEKTIF PROGRAM
- Menambahkan pengetahuan dan kefahaman sahabat berkaitan asas simpan kira.
- Memberi motivasi dan memupuk budaya keusahawanan dalam kalangan sahabat yang baru menyertai bidang keusahawanan.
- Mendidik sahabat untuk menjalankan perniagaan mengikut peraturan dan etika yang sebenar agar perniagaan boleh kekal dan maju.
Program ini berjalan seperti yang dirancangkan. Diharapkan pengetahuan yang disampaikan dapat dimanfaatkan oleh sahabat dalam usaha membantu meningkatkan kualiti hidup mereka serta pendapatan sahabat. Selain itu, segala maklumat dan panduan yang disampaikan diharap dapat diaplikasikan dalam perniagaan atau projek mereka. Kursus ini telah berjaya mencapai matlamat yang telah ditetapkan.
No comments:
Post a Comment