
Dalam bengkel A.B.C telah di bahagikan kepada beberapa slot didalam dewan dan diluar dewan (outdoor). Dimana para peserta tidak akan berasa bosan dengan agenda yang diberi selama 3 hari tersebut. Cemerlang bererti menjangkaui harapan yang di berikan ( above expectation ), ukuran tertinggi bagi nilai hidup insan. sikap ini yang cuba disemaikan dalam diri setiap peserta melalui bengkel ini, sekaligus dapat di terapkan dalam kerja seharian. Selain dari itu ia juga merangkumi apa yang diistilahkan sebagai Perkasa diri, Berdisiplin, penguasaan diri, keberkesanan melakukan tugas yang ia adalah penentu kepada kualiti diri individu tersebut. Komponen penting di dalam membentuk kecemerlangan yang pertama adalah berfikiran positif, dan sentiasa berfikiran baik terhadap orang. kedua adalah matlamat yang kita tetap dalam hidup ini yang perlukan disiplin untuk mencapai matlamat itu. Seterusnya adalah membina kemahiran, cari sebanyak mana pengalaman yang ada. yang keempat membina interpersonal & sosial , yang ke 5 menguruskan tekanan sebaik mungkin. dan yang terakhir adalah keseimbangan dunia dan akhirat. Itu adalah sedikit berkenaan bagaimana hendak mencapai Kecemerlangan.
Kepada peserta yang terlibat dengan bengkel A.B.C kekalkan prestasi anda, dan teruskan kecemerlangan dalam tugas, apa yang berlaku ada hikmahnya, mulakan kerja dengan niat kerana Allah, ia akan jadi satu ibadah.
No comments:
Post a Comment