AMANAH IKHTIAR MALAYSIA PEJABAT WILAYAH PAHANG
NO.2, TINGKAT 1,JALAN DATO BAHAMAN 4,
PUSAT KOMERSIAL TEMERLOH,28000 TEMERLOH.PAHANG,TEL :092961434 FAX:092960165
Amanah Ikhtiar Malaysia..Membantu Keluarga Miskin Berikhtiar Menambah Rezeki
Kesempurnaan Kualiti Kecemerlangan Organisasi

Monday 20 June 2011

Bengkel Kepimpinan Pusat

Pada 17/06/2011 ( Jumaat ) Temerloh - Bengkel Kepimpinan Pusat (BKP) dilaksanakan untuk mempertingkatkan pengetahuan ketuam pusat dalam segala urusan yang melibatkan pengurusan mesyuarat pusat (MP). Selain dari itu, BKP juga memberi informasi terkini tentang perkembangan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) kepada ketua pusat untuk disampaikan kepada ahli pusat bila selesai BKP nanti.
Ketua Pusat perlu memainkan peranan penting dalam memastikan operasi AIM di peringkat pusat dan kumpulan berjalan lancar kerana peringkat tersebut adalah nadi kepada AIM.
Aktiviti yang dijalankan dapat menambah semangat dan muafakat antara ketua-ketua pusat di sekitar temerloh. Sekaligus dapat mewujudkan satu rangkaian perniagaan antara sahabat dan pusat. Dan dengan ini dapat meningkatkan ekonomi sahabat dengan jalinan muafakat dan sifat yang baik anatara mereka.
Sikap Yang Baik
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
Sesiapa yang memberi contoh yang baik dalam Islam maka ia akan memperolehi pahala dan pahala orang yang beramal selepas ia meninggal tanpa kurang sedikit pun daripada pahala mereka dan siapa yang memberi contoh yang buruk di dalam Islam maka ia akan mendapat dosa dan dosa orang beramal dengannya selepas ia meninggal dunia tanpa kurang sedikitpun daripada dosa mereka.

No comments:

Post a Comment