AMANAH IKHTIAR MALAYSIA PEJABAT WILAYAH PAHANG
NO.2, TINGKAT 1,JALAN DATO BAHAMAN 4,
PUSAT KOMERSIAL TEMERLOH,28000 TEMERLOH.PAHANG,TEL :092961434 FAX:092960165
Amanah Ikhtiar Malaysia..Membantu Keluarga Miskin Berikhtiar Menambah Rezeki
Kesempurnaan Kualiti Kecemerlangan Organisasi

Sunday 18 September 2011

Program Hari Raya 'Aidilfitri'

10/09/2011 – Khamis, Bertempat di Bukit Bendera Resort telah berlangsung program motivasi untuk kakitangan AIM Wilayah Pahang , sekaligus bersama dengan Program tersebut diadakan sambutan hari raya ‘Aidilfitri’ peringkat Wilayah Pahang. Program bermula dengan ceramah motivasi yang di sampaikan oleh En Wan Mahazani Wan Tahir daripada Rompin dengan tajuk Cahaya Aidilfitri melahirkan Pekerja Cemerlang.
Dengan kehadiran yang mencecah 100 orang kakitangan daripada seluruh negeri Pahang telah memeriahkan lagi acara tersebut. Dengan ceramah motivasi yang menyentuh perasaan kakitangan dan suasana tempat yang menenangkan, ia sekaligus dapat memberi impak yang berkesan kepada kakitangan dengan kisah-kisah yang menyentuh persaaan daripada kisah benar yang di alami sendiri oleh penceramah. Mudah-mudahan dengan ceramah yang menyentuh perasaan itu, dapat memberi kesan yang mendalam kepada kakitangan yang hadir dan dapat meningkatkan prestasi kerja dengan lebih cemerlang.
Selepas ceramah motivasi tersebut , majlis di teruskan lagi dengan jamuan makan dan persembahan dari cawangan-cawangan yang hadir. Pengacara program persembahan , Pengurus cawangan (PC) Cik Norbaizura Mohamad @ Deraman dan PC Izani Loman mencuit hati hadirin yang hadir dengan kepetahan mereka mengacarakan program tersebut. Program berjalan lancar sehingga tamat pada pukul 1.00 petang.
Selepas program motivasi tersebut, kakitangan bergerak ke Hotel Green Park untuk menghadiri Mesyuarat Agung Koperasi Kawasan (Pahang). Seramai hampir 50 orang telah hadir pada mesyuarat tersebut bagi memilih perwakilan untuk di hantar ke Mesyuarat Agung Peringkat Kebangsaan. Wilayah Pahang diwakili oleh En Iruwan Haji Daud (Pejabat Wilayah) dan En Azmi B. Daud (Caw. Lipis). Dengan usul yang di bawa diharapkan dapat membawa sedikit perubahan pada Koperasi AIM Berhad, tujuan usul dibawa bukan untuk kepentingan individu yang tertentu, tetapi untuk membangunkan koperasi dalam menuju kejayaan. Di harapkan kepada kakitangan yang belum menjadi ahli Koperasi AIM Berhad boleh mendaftar dengan segera. Segala maklumat berkenaan Koperasi AIM Berhad boleh dirujuk di laman web http://www.kaimb.com/ atau boleh hubungi Ibu Pejabat Koperasi di talian 03-78454501.

No comments:

Post a Comment